Mentor Artists

Region

YM RAJA AZHAR IDRIS

SHYDA KING

ALICE NG

ELLIE NG

LEONG CHAI YUEN

ANITA AZIZ

Shyda King

Artis Fabrik dan Seni Garisan

Raja Shaidatul Manira bt. Raja Ahmad Siffudin atau dikenali sebagai Shyda King, dikenali ramai dan seorang yang dihormati di dalam dunia kreatif. Beliau mempunyai ramai pengikut yang meminati Fabrik dan hasil kerja seni garisan, daripada ahli kerabat hinggalah kepada peminat seni dari serata dunia. Hasil seni beliau sering berinspirasikan daripada aktiviti dan peristiwa yang berlaku di sekeliling beliau.

Karya seni beliau sering menggambarkan keanihan dan keceriaan yang terpancar daripada cerminan kehidupan beliau yang ceria, seronok dan riang. Apabila inspirasi beliau muncul, tiada siapa yang boleh hentikannya, beliau sentiasa berkarya dengan benang dan jarumnya sehingga lewat malam.

Ellie Ng

Beliau adalah graduan di dalam bidang Fesyen dan Reka Bentuk Tekstil daripada Malaysian Institute of Arts (MIA) dan juga seorang artis yang terlatih sendiri dengan lebih dari 25 tahun pengalaman didalam pelbagai bidang yang berkaitan. Kehidupan Ellie sentiasa ada perubahan. Rasa ingin tahu yang kuat untuk mengejar ilmu dan mencabar dirinya telah membawa banyak kejayaan dalam kehidupannya.

Seni dan Kraf telah menjadi darah daging dalam dirinya sejak kecil lagi. Beliau sentiasa bereksperimentasi dengan pelbagai jenis bahan dan media daripada kaca dan dinding, kayu dan tekstil, kertas dan kanvas, sehinggalah menghasilkan bahan buangan yang dijadikan hasil seni, perjalanan beliau untuk mencari pembaharuan tidak pernah terhenti.

Tidak pernah takut untuk menerokai perkara baharu, Ellie sentiasa mencabar sempadan dan mengembangkan daya kreativitinya untuk mengejar kepuasan kreativiti beliau.

Ellie telah menyertai pelbagai pameran malah memenangi pengiktirafan dan penghargaan daripada rakan sebaya dan pencinta seni di rantau ini. Beberapa pencapaian beliau adalah seperti berikut:-

  • Tempat ke-4 pertandingan Sense and Style Beauty Make-Up
  • Malaysia Book Of Records untuk usaha-sama dalam menghasilkan lukisan terpanjang
  • Finalis 8 teratas untuk Pertandingan Kebangsaan Piala Sri Endon kategori Batik Fashion
  • Pameran Kita kita di Cebu, Filipina
  • Window of the Soul Art Patio di Bali, Indonesia
  • Imago Mundi#3 Nations Exhibition di Singapura
  • ArtColab di Malaysia, Filipina, Singapura
  • Paradise 101 di Langkawi International Art Tourism Exposition

Leong Chai Yuen

WHY NOT ELEPHANTS

Beliau merupakan seorang artis yang berdikari sendiri, Chai Yuen mula berkarya bertemakan gajah pada tahun 2013 di ruang bilik ganti yang juga merupakan bengkel beliau.

Keistimewaan karya Chai Yuen adalah bertemakan gajah. Hasil karya produk beliau adalah buatan tangan dengan menggunakan fabrik yang didapati dari serata dunia. Fabrik kegemaran beliau adalah Batik Malaysia kerana warnanya yang meriah. Ia juga salah satu dari cara beliau untuk menyokong dan mempromosikan industri batik tempatan.

Hasil karyanya termasuklah produk sifar-pembaziran dimana hasil kerjanya dibuat daripada sisa fabrik dan bahan terbuang.

Anda boleh lihat dengan lebih lanjut hasil kerja Chai Yuen di

The Ipoh Craftnerds in Ipoh Old Town.

FB : WhyNotElephants
IG : why_not_elephants

Ng Sook Peng

Beliau merupakan graduan dari Malaysian Institute of Art dan juga pengasas kepada Creative hands Art & Craft Station (2000-2005) dan Living Art di Ipoh, Perak. Beliau juga menjawat Naib Pengerusi Perak Art Society.

Ketika zaman kanak-kanak, beliau tidak mempunyai barang permainan untuk bermain. Beliau banyak meluangkan masa dengan alam sekitar. Dengan mengikuti kanak-kanak yang lebih tua, beliau bermain dengan membuat acuan tanah liat dan mereka bentuk apa yang muncul dari fikiran beliau.

Cebisan memori beliau ketika zaman kanak-kanak banyak memberi inspirasi, kreativiti dan minat yang mendalam kepada pembuatan tembikar. Tanah liat adalah bahan asas kepada hasil seni beliau. Proses yang bermula dari seketul tanah liat yang di acu dan dibentuk kepada hasil seni sering memnerikan bahagia dan kepuasan kepadanya.

Sook Peng suka bereksperimen dengan pelbagai teknik. Perasaan teruja terhadap hasil yang yang tidak dijangka menghasilkan semangat kepadanya untuk mencipta dan bereksperimen dengan lebih banyak lagi.

Hasil seni beliau mencerminkan fikirannya, suara hati yang tidak terkata, kebebasan berekspresi dan imaginasi yang tanpa batasan. Inspirasi beliau banyak muncul dari pengalaman hidup, alam semula jadi, orang di sekelilingnya, zaman kanak-kanak dan perkara yang menyentuh imaginasinya.

Beliau aktif menyertai pelbagai pameran seni, mengadakan bengkel pembuatan tembikar, projek Ipohgama (Program kayu api) dan pelbagai acara seni.

Pameran Terpilih

Pameran masa lampau beliau

2010 : “The Splendour of Tea & Clay” Ipoh Perak
A “Dragon Kiln” wood firied Ceramic Art exchange & Exhibition between Malaysia and Singapore Artist
2011 : Penang Pottery Art Festival, Gardenku Ceramic Art Centre Pulau Penang
2014 : “Friendship Through Ipohgama” Galeri Sekeping Kong Heng, Ipoh
2015 : “SEKARANG” Ipoh Contemporary Art Festival
2017 : “Journey 50” MIA Alumni Art Exhibition
2018 : China, South Asia, Southeast Asia International Art Exhibition (Sculpture)

2018 : The 1st Qinzhou Nixing Pottery Culture and Art Festival Southward passageway Ceramic Exposition, China. breadcrumb-item
2019 : “A Pinch of Salt” Salt Wood Fired Ceramic Exhibition
2019 : Art Ipoh 2019. Installation Art Exhibition
2020 : Mending Fence online exhibition : Tales from an Isolation
2021 : Telur Pecah Contemporary Art Exhibition

Alice Ng

Alice adalah seorang artis intuitif kontemplatif, artis tembikar (seramik), dan juga fasilitator seni. Beliau juga merupakan seorang director di Mein Ding Gallery Studio (MY) dan artis residen di Mein Ding Gallery Studio (HU).

Beliau mempunyai pengalaman selama 28 tahun di dalam kerja seperti;

  • Tingkah laku kanak-kanak istimewa dan juga penjaga di “Association of the Network for the Needs of Children with Disabilities (Perak).
  • Tinggal dan bekerja di komuniti “L’Arche London” untuk insan istimewa yang mempunyai kesukaran/ketidakupayaan di dalam pembelajaran.
  • Berkhidmat untuk orang tua yang mempunyai dementia dan penjagaan kejururawatan di CareUK.

Sebagai seorang artis dan pembuat tembikar?

“Saya percaya bahawa kita semua adalah satu hos komuniti. Kita semua mempunyai hubungan diantara satu sama lain; manusia,persekitaran dan alam sekitar”.

“Semua hasil kerja seni saya mencerminkan dan menggambarkan keadaan diri saya sekarang, pemikiran, pandangan, sifat ingin tahu mengenai manusia, hubungannya, jurang dan hubungan dengan diri kita sendiri dan orang lain, dunia dan kehidupan itu sendiri”.

Sebagai seorang fasilitator seni kreatif?

“Saya membimbing sesi kesedaran seni, bengkel dan memberi ruang dengan menawarkan pengalaman kreatif kepada individu itu sendiri dengan menikmati alam sekitar untuk membantu kami (secara individu dan berkumpulan) membuka mata mereka, orang lain dan dunia sekelilingnya dengan membangunkan kesedaran diri melalui seni”.

Mentor Name

Mentor Title

It is a long established fact that a reader will be distracted by the readable content of a page when looking at its layout. The point of using Lorem Ipsum is that it has a more-or-less normal distribution of letters, as opposed to using ‘Content here, content here’, making it look like readable English.

Many desktop publishing packages and web page editors now use Lorem Ipsum as their default model text, and a search for ‘lorem ipsum’ will uncover many web sites still in their infancy. Various versions have evolved over the years, sometimes by accident, sometimes on purpose (injected humour and the like).

Mentor Name

Mentor Title

It is a long established fact that a reader will be distracted by the readable content of a page when looking at its layout. The point of using Lorem Ipsum is that it has a more-or-less normal distribution of letters, as opposed to using ‘Content here, content here’, making it look like readable English.

Many desktop publishing packages and web page editors now use Lorem Ipsum as their default model text, and a search for ‘lorem ipsum’ will uncover many web sites still in their infancy. Various versions have evolved over the years, sometimes by accident, sometimes on purpose (injected humour and the like).