Advisors

YM DR. RAJA PUTRA SHAH

Dr. Raja Putra Shah merupakan ahli Kerabat Diraja Perak yang telah lama aktif terlibat di dalam mempromosikan negara ini sebagai destinasi ideal untuk pelancongan yang berasaskan sukan dan riadah di rantau ini. YM juga mempunyai semangat yang kuat di dalam kerja kebajikan dimana beliau banyak bekerjasama dengan pelbagai badan bukan kerajaan, syarikat-syarikat dan juga bersama individu sepemikiran yang ingin merealisasikan “harapan dalam gerakan”

Projek terkini YM Raja Putra adalah beliau ingin membantu membangunkan pemuda usahawan sebagai generasi masa hadapan negara melalui pelbagai perniagaan yang inovatif dan program kepimpinan dibawah Youth Network dimana beliau berkhidmat sebagai Penasihat Kanan.

Laluan kerjaya YM. Dr. Raja Putra adalah seperti berikut;

  • Presiden & CEO kepada TrueTech (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang pakar di dalam integrasi diantara peralatan sistem komunikasi dan peralatan penyiaran yang canggih. Sorotan pencapaian TrueTech dibawah pengurusan beliau adalah dengan merangkul anugerah TOKOH OSKAR 2007 daripada Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM).
  • Penerbit Eksekutif untuk dokumentari televisyen untuk Yang Dipertuan Agong(2006) dua yang terdahulu, DYMMTuanku Raja Perlis dan KDYMM Tuanku Sultan Terengganu dan juga drama televisyen untuk RTM.
  • Presiden kepada Kelab Sukan Kraft Air Malaysia, sebuah badan autoriti untuk Malaysia Jet Ski Racing (IJSBA – USA).
  • Penganjur Terengganu International Jetrace (2010) dan Langkawi International Formula Jet Ski Race (2012) yang disertai oleh 120 peserta dari lebih 40 buah negara didalam kedua-dua kejohanan.
  • Mengetuai pasukan Jet Ski Malaysia dan mendapat tempat ke 6 dan 7 didalam kategori lelaki dan wanita di Kejohanan World Jet Ski di Tasik Havasu, Amerika Syarikat pada tahun 2010.
  • Memperkenalkan Fly boarding di Malaysia. Menubuhkan The Malaysian Flyboard Centre di Marina Putrajaya – aktiviti popular bagi pelancong tempatan dan luar negara.
  • Penasihat kepada Malaysian Unmanned drones Activist Society (MUDAS), ditubuhkan untuk berkhidmat kepada komuniti dron yang semakin berkembang dan juga menganjurkan pertandingan dan aktiviti yang berkaitan dengan dron di Malaysia.
  • Penasihat kepada International Entrepreneurs Chamber, Malaysia.
  • Penasihat Kanan kepada I-COMM Creative Sdn. Bhd., sebuah agensi periklanan hibrid

YM raja Azhar Idris

Pengasas / Artis - Art CaseGallery

Raja Azahar Idris adalah seorang artis yang sangat dihormati dan berjaya. Beliau merupakan bekas graduan dari Victorian College of the Arts, Melbourne, Australia, pada 1981. Pada tahun yang sama, beliau telah memenangi Melbourne Lord Mayor’s Prize, dan telah dipilih sebagai Artist of the Year oleh Victorian Artists Society.

Beliau juga telah memenangi Hadiah Miniature Gippland pada tahun 1982 dan Hadiah Rotary Club of St Kilda Art pada 1983. Pada tahun 1985, beliau telah mendapat VCA’s Elizabeth Murdoch travelling fellowship dan pada tahun 1989, beliau telah mendapat anugerah Greyhound Art Prize.

Selain daripada media akrilik, cat minyak dan cat air, Raja Azahar juga telah menggunakan media seperti batik, gurisan, arca besi dan kaca. Pameran seni batik solo pertama beliau diadakan di Kuala Lumpur dan Paris pada tahun 1976. Sekarang beliau adalah pemegang Malaysia Books of Records dengan mneghasilkan seni arca kaca yang terbesar pada paparan kekal di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

YBhg. Datuk Zunaidah Idris

Pengasas - Nawja Productions Sdn Bhd

Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjaya dengan pengalaman lebih dari 30 tahun didalam pelaburan dengan pengkhususan dalam komoditi, ekuiti dan perancangan strategik. Datuk Zunaidah adalah seorang yang luar biasa dalam komunikasi dengan kemahiran interpersonal. Beliau adalah seorang pemimpin yang bersemangat dalam pembangunan modal insan yang menumpukan pada membangunkan pemimpin masa hadapan dan Beliau memperjuangkan pengetahuan dan pendidikan adalah keutamaan dalam meningkatkan bakat-bakat muda negara.

Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, beliau sangat dihormati di dalam industri kerana sikap professional, teladan dan etika beliau. Dalam masa setahun, Datuk Zunaidah telah berjaya membangunkan program kepimpinan yang memfokuskan pada C-Suites, sebuah program mentor untuk membangunkan pemimpin wanita untuk masa hadapan di nagara ini.

Datuk Zunaida juga berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah di Institute of Malaysian Plantation and Commodities (IMPAC) dan juga sebagai Pengasas & Lembaga Pemegang Amanah di Women Leadership Foundation (WLF). Datuk Zunaidah sememangnya adalah contoh teladan sebagai seorang wanita moden.

Laurence Chooi

Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif dan Kreatif

Laurence merupakan Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif dan Kreatif kepada

ICOMM CREATIVE SDN. BHD.

Beliau merupakan pemenang kepada pelbagai anugerah industri pengiklanan lokal dan antarabangsa. Dengan pengalaman lebih 30 tahun di dalam industri kreatif termasuk semasa di Wings/BBDO sebagai Art Director, Saatchi and Saatchi (Malaysia, Thailand dan Kanada) sebagai Executive Regional Art Director, Union/Chiat Day & Mojo sebagai Deputy Creative Director dan ketika di Dai-Ichi Kikaku (DIK) Malaysia – anggota bersama dengan Dai-Ichi Kikaku Japan sebagai Ahli Lembaga, pemegang saham, Presiden dan Pengarah Eksekutif dan Kreatif.

Laurence juga telah berkhidmat sebagai Senior Vice President – Global Operations untuk Aladdin Group yang memiliki dan beroperasi sebagai platform yang memfokuskan e-dagang Halalan Toyyiban yang pertama di dunia, www.aladdinstreet.com dimana beliau bertanggungjawab dalam menubuhkan pejabat di Kazakhstan, Singapura, China, Pakisan dan Indonesia.

Pada hari ini, Laurence aktif menyumbangkan pengalaman dan kepakaran beliau di dalam projek dan program yang lebih memfokuskan kepada sosial dan komuniti seperti Heart & Craft, Hommcooked, dan A Gift of Hope.

Melissa Ong

Melissa kaya dengan pengalaman selama 25 tahun di kawasan serantau APAC dalam bidang perdagangan antarabangsa, komunikasi jenama, kajian pasaran, pembanggunan organisasi, strategi sosial, koporat dan komunikasi dalaman. Beliau pernah bekerja dengan organisasi ternama seperti HSBC, IOI Group, KL Sentral (MRCB) dan TNS (Kantar) dimana beliau bertanggungjawab didalam memegang beberapa potfolio merangkumi 33 negara.

Beliau adalah CEO dan pengasas kepada Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), sebuah badan bukan partisan, badan pemikir yang ditadbir dan dimiliki oleh Yayasan Jeffrey Cheah. Beliau mengasaskan ASLI International Trade & Business Advisory Centre. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Malaysia-Bahrain Business Council dan Malaysia-Russia Business Council. Melissa terlibat dengan Bahrain Economic Development Board (FDIs), INVEST Hong Kong (FDIs), and UK Department of Trade (DIT) yang perpusat di Bristol, UK. Beliau mempunyai tanggungjawab didalam usaha niaga dari 45 syarikat UK yang bertapak di Asia Tenggara.

Beliau kini berkhidmat sebagai CEO di rantau Asia Tenggara untuk Thought for Food, dengan membawa misi untuk membuka potensi generasi baharu supaya boleh memimpin revolusi makanan yang mampan melalui pembangunan penyelesaian keusahawanan berasaskan sains dan teknologi yang terkini, relevan di peringkat tempatan. Melissa memegang MBA daripada University of Sunshine Coast, Australia. Beliau menerima Distinguished Australian Alumni Award pada Disember 2019, dianugerahkan oleh Australian High Commission dan Malaysia-Australia Alumni Council (MAAC), mengiktiraf beliau sebagai Alumnus Pendidikan Australia diatas pencapaian dan kejayaan cemerlangnya serta kedudukannya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Melissa adalah seorang yang kuat dan bersemangat didalam menyokong kesaksamaan jantina di tempat kerja, pemerkasaan wanita, dan agenda inklusi wanita dan beliau telah berkhidmat secara sukarela di National Council of Women Organisations Malaysia (NCWO) sebagai Pengerusi kepada Corporate Women’s Network.

Rangkaian ini bertujuan untuk membentuk model saluran kepimpinan wanita yang kukuh dan mantap melalui penglibatan peribadi dan pembangunan profesional untuk membina penyokong dalam sistem yang akan berusaha ke arah mewujudkan budaya keterangkuman untuk wanita dan lelaki.

Sebagai tambahan kepada kelayakan akademiknya, Melissa ialah seorang Jurulatih Profesional Bertauliah (Malaysian Institute of Management), Dana Pembangunan Sumber Manusia Bertauliah – Jurulatih PSMB (Kementerian Sumber Manusia Malaysia), Jurulatih Eksekutif Bertauliah (University Malaya), Pengajar Berlesen Peta Minda Bertauliah (Tony Buzan), didalam Peta Minda, Krativiti dan Inovasi, Pengajar Lanjutan iMindMap Bertauliah, dan Pengamal Bertauliah Pengatucaraan Neurolinguistik dan Pengamal Teknik Kebebasan Emosi (EFT).