MAKLUMAN MENGENAI PROGRAM
HeART & CRAFT ILHAM MATAKU

HeART & Craft dibangunkan sebagai satu alternatif saluran atas talian dan luar talian bagi suri tunggal mengeksplorasi, mencari, membangunkan dan mempamerkan bakat seni sambil berpeluang menjana pendapatan menerusi seni kemahiran yang baru dibangunkan.

Mengapa Seni?

Seni merupakan terapi. Ia menggalakkan penemuan diri, ekspresi diri dengan pembaharuan keyakinan, semangat, hormat dan carian hala tuju baru sebagai individu baru, jauh daripada persepsi buruk mengenai dengan suri tunggal.

Bagaimana ia berperanan?

Golongan suri tunggal dijemput hadir ke majlis pameran dan bengkel yang jalankan oleh satu kumpulan karyawan seni suri tunggal terpilih yang berhasrat mempromosikan dan menggalakkan suri tunggal yang lain untuk eksplorasi peluang perniagaan yang baru. Program HeART & Craft akan memberi sumbangan positif bagi pertumbuhan dan kemampanan kesenian negara. Dalam masa yang sama mampu membantu memperkasakan wanita khususnya golongan suri tunggal dari segi sosio-ekonomi dan kesejahteraan emosi.

Belakang tabir HeART & Craft

HeART & Craft diuruskan oleh satu jawatankuasa terdiri daripada ahli professional berpengalaman di bawah kepimpinan YM Dr. Raja Putra Shah, bersama karyawan seni tempatan disokong oleh barisan panel penasihat tersohor daripada diraja.

Bagaimana program ditaja?

Pada peringkat permulaan, segala aktiviti program HeART & Craft akan ditanggung menerusi penjualan hasil seni sumber penajaan syarikat-syarikat, organisasi-organisasi dan individu-individu berprofil tinggi sepertimana Ilham Mataku, pameran dan bengkel sulung anjuran HeART & Craft pada 11 Februari 2023 bertempat di Hotel Casuarina Kuala Kangsar, Perak.

Majlis ini akan disempurnakan dan dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Matlamat program ini diadakan adalah bagi mempromosikan seni sebagai salah satu cabang penjanaan pendapatan sambil mengurangkan tekanan hidup kepada kumpulan sasaran. Minat dan penghargaan terhadap hasil karya seni juga ingin dipupuk di kalangan individu dan organisasi sambil membantu mengurangkan bebanan kumpulan sasaran.